RBT Tingkatan 1 (Lakaran Piktorial 4.2.1A)

Assalamualaikum semua anak2, hari ini kita akan masuk subtopik baru iaitu bab 4 lakaran piktorial

Lakaran piktorial memaparkan imej 3D untuk memudahkan pereka untuk mentafsir lukisan.

Ada 3 jenis lakaran piktorial
1.      Oblik
2.      Isometrik
3.      Perspektif

Kelas pada hari ini kita akan fokus kepada 2 jenis lakaran sahaja iaitu oblik dan isometrik.
Untuk melakar garis lurus, ada 2 kaedah
i.                 Kaedah garisan pendek
ii.                Kaedah melakar garisan terus 2 titik

Lakaran oblik

1.      Oblik terbahagi kepada 2 iaitu oblik kavalier dan oblik cabinet
2.  Oblik kavalier adalah oblik yang berukuran penuh manakala oblik cabinet adalah oblik yang mempunyai ukuran separuh daripada oblik kavalier
3.      Lakaran oblik mesti berpandukan 3 paksi asas iaitu menegak, surut, dan mendatar
4.      Oblik mempunyai paksi surut bersudut 45 darjah
5.     Setiap lakaran oblik akan menunjukkan 4 jenis pandangan berbeza iaitu pandangan hadapan, sisi, atas dan bawah mengikut kedudukan paksi surut yang ditetapkan.
6.      Kedudukan objek adalah berada di atas paksi mendatar.
7.      Dalam buku teks menunjukkan kaedah melakar lakaran oblik ms 76.

Lakaran isometrik

1.      Lakaran isometrik menunjukkan gambaran keseluruhan objek dalam bentuk 3D.
2.      3 pandangan yang akan digambarkan iaitu pandangan atas (pelan), hadapan, dan sisi
3.      Paksi isometrik adalah bersudut 120 darjah setiap satu. Nama lainnya paksi Y.
4.      Garisan paksi Y dengan paksi mendatar adalah bersudut 30 darjah.
5.     Kertas *isogrid* digunakan oleh pelakar untuk menghasilkan lakaran isometrik kerana kertas tersebut sudah sedia ada garisan unjuran isometrik.


sila klik link di bawah untuk masuk ke aplikasi telegram untuk menonton video pengajaran tajuk ini.
https://t.me/bukutekscikguamin 

nanti kalau dah buka, search kaedah asas lakaran. 

selamat maju jaya!


Comments

Popular Posts